Zuraida

Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin menafikan dakwaan bahawa beliau menjadi jururunding kepada sebuah syarikat swasta untuk menyelesaikan hutang dengan Yayasan Selangor.

Katanya dakwaan yang dibuat oleh NGO Impak adalah tidak berasas dan tidak rasional.

Katanya lagi, perkara yang dibangkitkan itu berkaitan hutang kepada Yayasan Selangor, sekaligus tidak wujud langsung isu salah guna wang.

“Adalah terpulang pada syarikat untuk selesai hutang, jika tidak, Yayasan Selangor boleh mulakan tindakan sivil untuk menuntut hutang,” katanya.

Semalam Presiden Inspirasi Melayu Gombak (Impak), Datuk Zul Azhari Mohamed Juah dilaporkan menggesa seorang ahli parlimen dan seorang bekas ADUN PKR tampil menjelaskan isu berkaitan dakwaan hutang dengan Yayasan Selangor.

Zul Azhari dilaporkan mendakwa menerima surat layang yang menyebut kedua-dua pemimpin itu telah menjadi jururunding kepada sebuah syarikat swasta bagi menyelesaikan hutang sewaan empat premis di sebuah bangunan.

Zul Azhari bagaimanapun tidak memperincikan butiran syarikat dan premis yang didakwanya berhutang dengan Yayasan Selangor itu.

SHARE
Previous articleSPRM Tahan Pegawai MISDEC Seleweng RM 4 Juta Masuk Akaun Sendiri
Next articlePersiapan Skuad Bawah 22 Tahun Serba Pincang
Seorang kolumnis bebas yang berasal dari hutan batu KL. Ruang lingkup dunia tanpa sempadan pada masa kini menjadikan saya sebagai seorang kaki travel bajet dan 'foodie in the making'. Pada masa bosan-bosan akan melayan update 'trending' netizen... Saya sangat berminat dengan perkembangan pertahanan dan politik domestik serta global. Nak berbalah boleh tapi biarlah dalam 'mode' yang bertamadun ye...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here