Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin berkata beliau bersedia untuk bertanding di mana-mana kerusi termasuk Hulu Langat pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Katanya, langkah itu perlu bagi memperkukuhkan pembangkang di Selangor.

“Saya bersedia dihantar di mana-mana sahaja demi mengekalkan dan memperkukuhkan kerajaan Pakatan di Selangor. Saya pun orang Kajang bawah parlimen sini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra bersama media di Hotel Concorde, Shah Alam.

Semalam, Bernama memetik sumber melaporkan bahawa Zuraida akan bertanding di Parlimen Hulu Langat manakala Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di kerusi Parlimen Shah Alam pada PRU14.

Menurut sumber, nama mereka dan dua kerusi parlimen berkenaan dikemukakan pada Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Raya (JPR) Pakatan Harapan (HARAPAN) Selangor, semalam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here