Ziyad

ATLET paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli menghadiahkan emas pertama buat negara di Kejohanan Paralimpik Dunia IPC di London, hari ini.

Ziyad melakukan lontaran 17.29 meter untuk menewaskan atlet dari Ecuador, Stalin Mosquera yang meraih perak dengan jarak 16.72m manakala Todd Hodgetts dari Australia meraih gangsa dengan lontaran 15.96m.

Lebih membanggakan Ziyad yang beraksi dalam kateogori F20 (masalah pembelajaran) berjaya memperbaharui rekod dunia miliknya yang dilakukan di Sukan Paralimpik di Rio de Janeiro, Brazil, tahun lalu iaitu 16.84m.

Kontinjen negara dijangka berpeluang meraih satu lagi pingat apabila juara bertahan dalam acara lompat jauh Abdul Latif Romly turun beraksi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here