Jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane cuba menyembunyikan kekecewaannya apabila terlepas peluang mengurangkan jurang dengan pencabar utama, Barcelona di persada La Liga kepada enam mata awal pagi tadi.

Madrid gagal menggunakan peluang ketika Barca yang seri 2-2 di laman sendiri berdepan Celta Vigo apabila sekadar seri 0-0 di Athletic Bilbao seterusnya mencicirkan satu mata buat kali keenam dalam 14 perlawanan musim ini.

“Bagi saya perkara paling penting ialah terus memikirkan bahawa kami akan mendapat peluang sepanjang musim ini untuk mengurangkan jurang itu,” kata Zidane.

Peluang untuk mengurangkan jurang lapan mata antara kedua-dua pasukan tampak akan hadir apabila Madrid menanti kunjungan Barcelona dalam tempoh tiga minggu.

Bagaimanapun Real boleh ke tangga kelima liga kerana ketika ini mereka hanya mendahului Sevilla berdasarkan perbezaan gol di tangga keempat dan masih mengekori Valencia dan Atletico Madrid.

Skuad kendalian Zidane juga akan berdepan kesukaran tanpa kapten Sergio Ramos yang dilayangkan kad merah ke-24 sepanjang kariernya kerana terjahan kasar terhadap Sam Mames, Dani Carvajal dan Casemiro apabila Sevilla berkunjung ke Bernabeu minggu depan.

Dan Real akan bermain kurang satu perlawanan berbanding pencabar La Liga lain sebelum penghujung tahun kerana mereka akan bersaing dalam Piala Dunia Kelab antara 1 dan 16 Disember.

“Pada ketika ini ada tiga pasukan di depan kami, tapi masih ada baki enam bulan. Kami sedikit ketinggalan tetapi perjalanan masih jauh,” kata Zidane.

— AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here