zamihan mat zin

Zamihan Mat Zin dilarang memberikan kuliah di masjid dan surau di Selangor, lapor The Star Online.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Datuk Haris Kasim mengeluarkan surat memaklumkan kepada semua yang berkenaan mengenai larangan itu hari ini.

Dalam surat itu, beliau berkata Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja) itu kini sedang disiasat di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan.

Zamihan ditangkap semalam dan ditahan reman untuk 2 hari bermula hari ini dalam siasatan ke atas kuliah yang diberikan di sebuah masjid di Shah Alam, Ahad lepas.

Semalam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) merujuk Zamihan ke lembaga tatatertib berhubung kenyataan yang didakwa mengkritik Sultan Johor dalam kontroversi dasar perniagaan untuk “orang Islam sahaja”.

Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha berkata Jakim memandang serius ceramah Zamihan yang dimuatnaik di laman popular YouTube, yang didakwa mengandungi unsur kritikan terhadap Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Beliau juga mengesahkan Zamihan seorang pegawai kader Jakim di Kementerian Dalam Negeri yang kini ditempatkan di Penjara Kajang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here