yuna zarai

Tahniah kepada penyanyi Yuna Zarai kerana telah selamat bertunang dengan jejaka pilihannya, Adam Yousof Mohamed Sinclair, petang semalam yang dilangsungkan di kediaman ibu bapa Yuna di Shah Alam. Berita baik tersebut pastinya sangat dinantikan peminat penyanyi ini.

“Syukur Alhamdulillah, majlis pertunangan kami berjalan dengan lancar. Majlis kami dihadiri keluarga terdekat dan rakan-rakan karib. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada peminat yang selalu mendoakan kebahagiaan saya”

“Berkat doa mereka, hari ini saya selamat bertunang dengan Adam Sinclair. Saya sangat bersyukur berjumpa dengan seorang lelaki yang sangat penyayang dan baik hati. Percaturan Allah itu memang sungguh indah,” kongsinya.

Tambah Yuna, Adam merupakan kawan karibnya dan sering membuatkannya tersenyum dan ketawa. Semoga segala persiapan Yuna dan Adam menuju hari bahagia dipermudahkan.

Baca lagi: Yuna, Adam Sinclair Rancang Nikah 1 Ogos 2018?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here