Ini bukanlah pertama kali penyanyi, Yuna dan Adam Sinclair dikatakan mengikat tali pertunangan. Biarpun sering menafikan gosip berkenaan namun Yuna sekali lagi didakwa bakal mendirikan rumah tangga dengan kekasih hatinya itu pada 1 Ogos 2018.

Yuna dan Adam bakal meneruskan hubungan mereka ke fasa seterusnya iaitu bertunang terlebih dahulu sekitar Oktober ini sebelum bernikah pada awal Ogos depan. Sebelum ini, Yuna dan Adam didakwa bertunang apabila sekeping gambar menunjukkan mereka memakai pakaian sedondon viral di media sosial.

Tidak lama kemudian Yuna menerusi pengurusnya mengeluarkan kenyataan, menafikan perkara tersebut. Malah katanya lagi, Yuna tidak mempunyai perancangan untuk berkahwin dalam masa yang terdekat ini. Tetapi kalau dah jodoh siapa yang tahu bukan.

Walaupun masih berteka-teki dengan status sebenar hubungan mereka, Yuna baru-baru ini telah memuat naik status di Instagramnya, berbaur romantis yang dipercayai ditujukan kepada Adam. Menerusi status itu, Yuna meluahkan perasaan terharunya dengan kehadiran Adam yang sentiasa di sisinya selama lima tahun perkenalan mereka.

Kurang pasti pula sama ada berita ini benar mahu pun tidak. Setakat ini pula, Adam mahupun Yuna masih tidak memberikan sebarang respon mengenai gosip yang bertebaran ini. Apapun jika benar, kami pasti Yuna dan Adam tidak teragak berkongsikan kepada peminat bukan.

Baca lagi: Luahan Perasaan Yuna buat Adam Sinclair

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here