Sudah sampai masanya satu peruntukkan undang – undang yang khas atau yang lebih khusus diwujudkan bagi melarang sebarang pengaruh politik yang keterlaluan di masukkan ke dalam institusi pendidikan negara kita khususnya ke dalam sekolah – sekolah diseluruh negara kita.

Ini susulan isu bendera dan lagu sebuah parti politik yang dikibarkan dan berkumandang di sebuah sekolah kebangsaan di Presint 14, Putrajaya selasa yang lalu. Video klip yang melibatkan isu terbabit yang telah tular di media – media sosial semenjak beberapa hari yang lalu menunjukkan satu sambutan disekolah berkenaan yang melibatkan penglibatan para pelajar sekolah yang dilihat mengibarkan dan menyanyi lagu sebuah parti politik dalam negara kita. Isu berkenaan telah mendapat pelbagai reaksi dari pelbagai pihak dalam negara semenjak beberapa hari yang lalu.

Ada yang menyatakan sokongan mereka terhadap isu terbabit dan beranggapan bahawa isu terbabit adalah hanya salah faham kerana ianya melibatkan satu persembahan yang membabitkan subjek matapelajaran sejarah.

Mereka yang tidak menyokongnya pula beranggapan isu berkenaan tidak seharusnya berlaku kerana ianya dilihat sebagai salah satu usaha untuk membawa pengaruh politik ke dalam sekolah serta sebagai satu usaha untuk mempengarhui minda pelajar sekolah.

Oleh yang demikian, adalah penting supaya satu usaha diambil terutamanya dari aspek perundangan bagi memberi satu garis panduan yang lebih jelas terhadap isu berkenaan supaya ianya tidak berlaku lagi di masa hadapan.

Satu peruntukkan undang – undang khas atau peraturan yang lebih khusus perlu dibuat bagi menyatakan dengan jelas bahawa mana – mana pihak dalam negara kita tidak boleh sama sekali membawa pengaruh politik yang keterlaluan atau mana – mana isu sensitif ke dalam mana – mana institusi pendidikan dalam negara khususnya di sekolah – sekolah bagi memastikan para pelajar tidak terganggu atau terpengaruh dengan mana – mana suasana politik dalam negara kita.

Isu ini tidak boleh dipandang ringan lebih – lebih lagi dengan hampirnya musim pilihanraya umum yang akan datang. Para pelajar sekolah perlu dilindungi dari mana – mana pihak yang ingin mengunakan fahaman politik masing – masing ke kawasan sekolah. Ianya hendaklah dibendung dari sekarang sebelum menjadi lebih parah dan luar kawalan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here