Hasil kajian Khazanah Research Institue (KRI) melaporkan peruntukan rumah mampu milik adalah masalah utama dalam kalangan penggubal dasar di seluruh dunia, dan Malaysia tidak terkecuali.

Bersempena Sesi Kesembilan World Urban Forum (WUF9) yang bertemakan “Making Housing Affordable: Developers or Government to Play a Bigger Role?”, masalah perumahan dianalisa daripada perspektif sistem perniagaan nasional dan rantaian nilai industri dan ekonomi tadbir urus sesebuah negara itu.

Mengikut perspektif ekonomi, semakin sebuah negara itu maju, permintaan terhadap perumahan semakin tinggi. Dengan permintaan yang tinggi, developer perumahan mengambil peluang dengan menaikkan harga rumah. Peningkatan itu tidak akan turun malahan akan terus naik.

Masalah rumah mampu milik dunia turut disebabkan oleh ketidakpadanan antara permintaan dan penawaran di pasaran. Jurang itu disebabkan oleh perubahan sosioekonomi pesat, pembandaran dan struktur penduduk dunia yang berkembang.

Antara solusi yang dicadangkan dalam sesi ceramah WUF9 dengan meningkatkan kapasiti dalam bahagian bekalan. Kaedah ini menjamin pembangunan sektor perumahan yang lebih mampan dan responsiv.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here