Syabas kepada Melaka yang menjadi kebanggaan Malaysia dengan menjadi contoh model negeri paling berjaya dalam pembangunan berdaya tahan, mapan dan lestari menerusi penganjuran World Urban Forum Kesembilan (WUF9) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Forum bertaraf antarabangsa yang disertai oleh 42 negara dan 25,000 delegasi dari dalam dan luar negara. Pembentangan tersebut menunjukkan kepentingan struktur pentadbiran yang teratur dan terancang dalam mentadbir sesebuah negeri.

Dengan tanggungjawab besar mentadbir antara salah satu kawasan ‘heritage’ antarabangsa, kerajaan pentadbiran Melaka memberikan komitmen yang tinggi dalam mengiatkan teknologi hijau, pengurusan sisa pepejal dan tenaga yang mapan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron, berkata menerusi forum terbesar itu, Melaka amat berbesar hati dijemput menyampaikan pembentangan kertas kerja membincangkan isu pembangunan perbandaran lebih baik dan selamat untuk didiami pada masa depan.

Pembangunan bandar turut dibantu dengan pembangunan modal insan berterusan kepada penduduk Melaka. Rekod baik bantuan rakyat adalah tanpa mengira fahaman politik, agama dan bangsa kata Pengerusi Biro Kebajikan Umno, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Pembangunan rakyat yang menyeluruh ini selaras dengan falsafah Umno untuk berbakti dan membela kebajikan rakyatdi negeri itu agar menikmati insentif secara saksama.

Berdasarkan rekod dan khidmat baik yang berterusan, rakyat amat menghargai usaha kerajaan, sekaligus memberi kerjasama dalam membawa nama Melaka ke persada dunia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here