#quranhour

Orang ramai mula memenuhi ruangan di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Univerisiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bagi mengikuti penganjuran World #QuranHour .

Majlis akan berlangsung bila-bila masa sahaja dari sekarang.

Program satu jam bersama al-Quran ini sebagai sebuah permulaan untuk membudayakan al-Quran dalam kehidupan, sejam setiap hari, 365 hari setahun melalui komitmen My #QuranHour.

Visi kempen berinteraksi dengan al-Quran: Baca, Faham, Amal, ini adalah membentuk ciri-ciri Muslim sejati berasaskan kerangka fikir al-Quran.

Al-Quran sebagai sumber penyatuan ummah seluruh dunia, memberi inspirasi untuk menyebarkan kebaikan dan membuat perubahan, seterusnya dapat melahirkan insan,bangsa dan dunia berbudi dan penyayang.

World #QuranHour menjadi wadah kempen untuk umat Islam di seluruh dunia, merefleksi diri tentang bagaimana hubungan kita dengan al-Quran dan seterusnya mengatur langkah untuk bertindak mengeluarkan nilai-nilai mulia dari al-Quran menjadi akhlak sebagai Muslim sejati.

Program di bawah naungan Jakim ini dianjurkan oleh UIAM dan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI) dengan kerjasama Majlis Dakwah Negara (MDN) dan Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (Permas).

Semua media utama yang terdiri daripada media cetak, media elektronik dan media sosial bergabung tenaga atas nama Sinergi Media untuk menjayakan kempen World #QuranHour.

Ini termasuk Astro, Kumpulan Media Prima, RTM, Bernama, TV Al Hijrah, IKIMfm, serta akhbar utama Kumpulan Utusan (Utusan Malaysia dan Kosmo), NSTP Group (New Straits Times, Berita Harian dan Harian Metro) dan kumpulan Media Karangkraf (Sinar Harian dan Sinar TV)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here