Meskipun menerima tamparan dengan pemergian perunding perpindahannya, Dick Law beberapa jam sebelum sepak mula, Arsenal nyata tidak terkesan selepas berjaya meraih kemenangan selesa 3-0 ke atas Bournemouth di Stadium Emirates, sebentar tadi.

The Gunners tidak perlu menunggu lama untuk membuka jaringan menerusi penyudah kemas Danny Welbeck selepas penyerang England itu menanduk masuk hantaran lintang Sead Kolasinac.

Arsenal Benam Bournemouth

Penyerang baharunya, Alexander Lacazette melebarkan jurang dengan gol kedua pada minit ke-27 menerusi jaringan lencong tepat ke penjuru gawang.

Hantaran pemain tengah, Aaron Ramsey disudahkan Welbeck untuk gol kedua peribadinya yang juga gol ketiga Arsenal, untuk mereka kembali bangkit daripada dua kekalahan berturut-turut. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here