AKTRES kecil molek, Eyka Farhana, 20, tidak menjadikan dunia lakonan sebagai keutamaan ketika masih bergelar pelajar sekolah dua tahun lalu. Tumpuan gadis ini lebih kepada pelajaran apatah lagi ibu bapanya mahu dia menamatkan persekolahan terlebih dulu.

Wajahnya hanya sesekali menghiasi kaca TV sekali gus menjadikannya kurang dikenali, malah ada menganggap kewujudannya seakan-akan tiada.

Kini, Eyka Farhana atau nama sebenarnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi kembali aktif mewarnai bidang seni. Berbekalkan semangat dan azam baru, Eyka nekad menjadikan lakonan sebagai lubuk rezekinya.

Ketika masih bersekolah saya akui kurang berdisiplin sehingga selalu ditegur kru produksi. Apabila sudah serius dalam bidang ini, saya lebih fokus. Tidak mahu lagi mengulangi kesilapan sama kerana ini periuk nasi saya,” katanya.

Percaturan Eyka berbaloi apabila dia masih mendapat kepercayaan produksi dan stesen TV bagi membintangi karya mereka.

Sumber: Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here