Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Irwan Serigar Abdullah berkata rakyat Malaysia patut lebih berjaya daripada warga asing yang tinggal di negara ini.

“Jika warga Indonesia mampu mencari nafkah di sini, rakyat Malaysia patut lebih berjaya,” katanya dalam ucapannya pada hari graduasi 1MET hari ini.

Acara itu diadakan buat mereka yang menamatkan kursus keusahawanan, bimbingan dan latihan selama 6 bulan.

Irwan berkata ramai mendakwa ekonomi Malaysia jauh terkebelakang berbanding negara membangun lain.

“Mereka kata semuanya salah. Mereka kata kita berhutang banyak seperti Bangladesh.

“Terdapat orang yang mengelirukan rakyat.”

Menurut Irwan, jika ada rakyat yang miskin, ia disebabkan mereka tidak cukup berusaha.

“Jika mereka mempunyai tangan, kaki dan boleh berjalan, mereka boleh mencari nafkah di Malaysia.”

Beliau berkata terdapat 4 juta warga asing di Malaysia, dan sesetengahnya menjalankan perniagaan.

“Jika kita ke Chow Kit, separuh daripada mereka warga Indonesia,” katanya.

Menurutnya, jika seseorang ke pasar malam, pelanggan akan beli hampir semua barangan yang dijual murah.

Irwan menambah, oleh itu ianya penting untuk menjenamakan produk jika mahu berjaya menjualnya.

Setakat Jun 2016, hutang negara sebanyak RM655.7 bilion, bersamaan 53% Keluaran Dalam Negara Kasar.

Daripada jumlah ini, 95.5% atau RM628.8 bilion adalah hutang tempatan, manakala 41.% iaitu RM26.9 bilion adalah hutang luar pesisir.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here