annabelle creation
Cover image via Astro Awani

GEMPAR kisah di sebuah panggung wayang di Kuala Terengganu apabila seorang wanita tiba-tiba meracau ketika sedang menonton filem seram, Annabelle Creation malam tadi.

Malah, wanita itu juga menjerit-jerit kesakitan.

Kejadian yang disedari oleh orang awam itu memaksa pihak pawagam menghentikan tayangan filem itu dan meminta bantuan perubatan.

Filem prekuel Annabelle Creation itu telah memulakan tayangan perdana seluruh Malaysia pada malam tadi dan mendapat reaksi positif daripada penggemar filem seram.

Filem Annabelle Creation mengisahkan pasangan suami isteri yang telah kehilangan seorang anak perempuan, Bee, yang maut akibat kemalangan.

Oleh kerana terlalu obses dengan anak tunggal mereka, perjanjian dengan syaitan telah dibuat untuk membolehkan pasangan itu melihat kehadiran anaknya di rumah.

Dalam perkembangan sama, kisah histeria di pawagam Kuala Terengganu itu bukan seperti yang ditularkan sejak malam tadi.

Hakikatnya, wanita itu hanya mengalami kekejangan otot kerana suhu penghawa dingin yang terlalu sejuk di dalam pawagam.

“Saya tahu situasi sebenar yang berlaku sebab saya duduk di barisan hadapan dia. Kaki dia cramp sebab sejuk air condition, bukan kena rasuk,” tulis seorang saksi, Sis Biela di Facebooknya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here