lim guan eng
Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Saifuddin Nasution Ismail dilantik sebagai Penasihat Strategik Ketua Menteri Pulau Pinang, Joseph Lim Guan Eng.

Saifudiin dilihat pemerhati politik tidak mempunyai apa-apa fungsi dan tanggungjawab membina dalam parti yang diasaskan demi perjuangan keluarga Dato’ Seri Anwar Ibrahim itu.

Justeru itu, beliau diberi peranan yang lebih baik sebagai Penasihat Strategik Joseph Lim bagi mendakyah orang-orang Melayu dan umat Islam agar menerima kepimpinan DAP, khususnya di Pulau Pinang.

Pengerusi Biro Agama, Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR, Wan Ji Wan Hussin dilantik sebagai Pegawai Penerangan Ketua Menteri pulau mutiara itu.

Wan Ji yang terkenal dengan perjuangannya menghapuskan institusi beraja di Malaysia seringkali mencetuskan kontroversi dengan pelbagai fatwa dan doktrin yang tidak selari dengan pegangan majoriti umat Islam Malaysia.

Perlantikan Wan Ji dilihat untuk membantu Saifuddin mendakyah orang-orang Melayu dan umat Islam agar menerima kepimpinan Joseph Lim dan DAP.-AP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here