Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana menziarahi suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas selesai menjalani pembedahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) baru-baru ini.

Sebelum mengakhiri ucapannya di Dewan Rakyat, Wan Azizah berkata ini kali pertama Najib dan Zahid melawat seorang banduan yang dipenjarakan yang ditafsirkan sebagai ‘banduan politik’.

Beliau juga turut mengucapkan penghargaan pasukan perubatan dan kakitangan HKL yang mengendalikan dan memantau keadaaan kesihatan sepanjang pembedahan yang dijalani Anwar.

“Saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak seluruh pasukan pakar perubatan dan kakitangan Hospital Kuala Lumpur.

“Saya menghargainya dan juga kesempatan mengucapkan terima kasih kepada Pekan dan Bagan Datoh yang telah menziarahi mantan timbalan perdana menteri yang juga ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Inilah kali pertama Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri melawat seorang banduan yang dipenjarakan, yang boleh ditafsirkan sebagai sebenarnya dia adalah banduan politik,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here