Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengeluarkan kenyataan sinis kepada Pakatan Harapan NS Negeri Sembilan yang bergaduh dalam pembahagiaan kerusi sewaktu Konvensyen Pakatan Harapan semalam.

Perebutan kerusi antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Negeri Sembilan yang membantah pembahagian kerusi DUN antara mereka sendiri di negeri itu jelas menunjukkan mereka tidak bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum PRU14 kelak.

Jika persefahaman pada peringkat asas gagal dikecapi, inikan lagi ketika saat-saat genting nanti. Wan Azizah kemudian menambah menyindir beliau dengan kerjasama yang gagal tersebut, Putrajaya jelas dalam pegangan PPBM.

Bantahan keras mereka menyebabkan berlaku kekecohan besar sewaktu Konvensyen Pakatan Harapan di Negeri Sembilan berlangsung di Seremban semalam.

Ketidakstabilan parti itu sendiri ternyata apabila ahli-ahli membuat kekecohan sehingga Pakatan Harapan termasuk Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu bergegas meninggalkan majlis. Mereka sebagai ketua sendiri turut tidak selamat dalam kalangan ahli parti yang agresif itu.

Ketua PPBM Bahagian Jempol Amiruddin Aman yang mengetuai protes itu dengan menyifatkan pembahagian kerusi sebagai tidak adil kerana kawasan yang diperuntukkan kepada partinya semuanya kawasan hitam (sukar menang)

Mereka antara lain menjerit kearah pemimpin Pakatan Harapan dengan perkataan “Boikot”, “Hidup Tun” dan “Tidak Adil” dalam bantahan tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here