PKR

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menerima kunjungan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya, Datuk Seri Azmin Ali di ibu negara malam semalam yang dijangka bincang isu kerjasama dalam PRU14.

Turut serta dalam pertemuan itu ialah Naib Presiden PKR, Dr Shaharuddin Badaruddin.

Gambar pertemuan itu dikongsikan menerusi laman Facebook rasmi Abdul Hadi.

“Menerima kunjungan ziarah oleh pimpinan PKR pada malam ini di Kuala Lumpur,” jelasnya di laman sosial berkenaan.

Bagaimanapun, tiada maklumat terpeinci dinyatakan mengenai tujuan dan hasil pertemuan tersebut.

PAS sebelum ini memutuskan kerjasamanya dengan PKR dan bertindak keluar daripada gabungan Pakatan Rakyat yang turut disertai DAP.

Perpecahan dalam PAS menyebabkan sebahagian pimpinannya keluar daripada parti itu dan menubuhkan parti baru yang dinamakan Parti Amanah Negara (AMANAH).

PKR kini bersama DAP,  AMANAH dan BERSATU dalam gabungan politik pembangkang yang dinamakan Pakatan Harapan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here