Sepotong video memaparkan aksi seorang kanak-kanak lelaki sedang bermain-main dengan alat bantuan seks iaitu dildo di atas katil tular di laman sosial sejak semalam. Menerusi video kanak – kanak hisap dildo yang telah dimuat naik di laman sosial Instagram @thenewbikingregetan, kanak-kanak itu sedang leka bermain dengan alatan seks itu termasuk menghisapnya.

Video itu dipercayai dirakamkan sendiri oleh ibunya dan lebih menyedihkan perakam hanya ketawa dan membiarkan sahaja kanak-kanak itu bereksplorasi.

Asalnya video itu dikemas kini di laman instagram seorang wanita yang menggunakan nama @coco3mf (Lina Hutabarat). Bagaimanapun, akaun itu disetkan dalam mood private.

“Mohon berhati-hati dalam memuat naik kegiatan anak-anak, jangan sampai kerana kesalahan orang tua anak-anak yang menjadi korban,” nasihat pengendali akaun sosial @thenewbikingregetan.

Sejak dimuat naik, video itu telah ditonton lebih 115,000 kali dan mendapat komen lebih 915 pengunjung.

Rata-rata netizen meluahkan rasa kesal dengan sikap acuh tak acuh keluarga yang sanggup menyebarkan video terbabit.

Baca lagi: Kanak-Kanak 3 Tahun Khayal Diberi Dadah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here