Tuesday, June 19, 2018
Home News Vettel Mahu Cipta Rekod Sendiri

Vettel Mahu Cipta Rekod Sendiri

0
247

ITALI – Sebastian Vettel meletakkan impian peribadi untuk muncul pemandu kedua berjaya memenangi Grand Prix Formula Satu (F1) Itali bersama tiga pasukan berbeza, dalam usaha Ferrari bagi memburu kejayaan dalam perlumbaan terakhir kejuaraan dunia di Eropah tahun ini.

Dua minggu selepas insiden dramatik yang melibatkan masalah tayar jentera dipandu Vettel sehingga menguburkan impiannya untuk menamatkan perlumbaan di kedudukan podium semasa Grand Prix Belgium, juara dunia empat kali itu berhasrat mengulangi pencapaian bekas pelumba Britain, Stirling Moss.

Rekod pencapaian yang telahpun berusia 56 tahun itu dicipta Moss pada 1956, 1957 serta 1959 bersama pasukan Maserati, Vanwall dan Rob Walker Racing.

Vettel merangkul kejayaan sulung dalam perlumbaan F1 di Autodromo Nazionale ketika bersama pasukan Toro Rosso sewaktu bersaing dalam hujan lebat pada 2008 dan kemudiannya melakar dua lagi kemenangan dengan Red Bull pada 2011 serta 2013.

Kini, pelumba Jerman itu berhajat untuk mencatat satu lagi kenangan manis dalam perlumbaan di laman sendiri untuk pasukan Scuderia.

Vettel, yang ternyata berang ber­ikutan insiden yang menimpanya di Spa-Francorchamps, telah melemparkan kritikan yang cukup beremosi terhadap pembekal tayar Pirelli.

“Hanya untuk memastikan perkara ini lebih jelas. Pasukan dan saya telah membuat keputusan mengenai strategi perlumbaan secara bersama. Saya penyokong pa­sukan dan begitu juga mereka yang akan turut berbuat perkara sama. Ini yang akan menjadikan kami sebagai sebuah pasukan.

“Strategi kami tidak pernah mendatangkan risiko. Pasukan tidak seharusnya dipersalahkan. Kami berhak untuk menamatkan perlumbaan di atas podium. Isu ini bukan melibatkan kegagalan kami untuk menamatkan perlumbaan, tetapi apa yang telah berlaku.

“Sebagai pemandu, bukan mudah untuk saya menerimanya, walaupun apa yang berlaku tidaklah seburuk ketika perlumbaan di Silverstone beberapa tahun lalu. Tetapi kami masih perlu berkomunikasi antara satu sama lain, kerana insiden tersebut tidak akan berlaku jika amaran diberikan lebih awal,” kata Vettel dalam kenyataannya kepada media.

Sementara perbalahan berhubung arahan Pirelli, yang me­minta pasukan melakukan hentian pit hanya sekali dilihat sebagai be­risiko, juara bertahan Lewis Ha­milton pula berhasrat mengulangi kejayaannya pada 2014 dan memastikan gelaran dunia musim ini terjamin di dalam genggamannya.

Dia kini mendahului rakannya dalam pasukan Mercedes AMG Pe­tronas, Nico Rosberg, yang baharu sahaja bergelar bapa buat kali pertama minggu lalu, dengan 28 mata.

Sumber: Utusan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here