barcelona

Barcelona dikejutkan dengan satu serangan pengganas apabila sebuah van merempuh kawasan pejalan kaki dan membunuh 13 orang.

Pihak berkuasa berkata jumlah kematian boleh meningkat, dengan lebih daripada 100 orang cedera, sesetengahnya parah.

Menurut pihak polis Catalan, orang ramai lari bertempiaran apabila sebuah van putih secara tiba-tiba merempuh kawasan pejalan kaki.

Dua orang ditahan kerana disyaki terbabit dalam siri serangan keganasan di Barcelona, lapor agensi berita China Xinhua.

Dalam kejadian rempuhan van di Las Ramblas pada Khamis, mengakibatkan 13 maut dan 80 mangsa terpaksa menerima rawatan di hospital dengan 15 orang dilaporkan cedera parah.

Pemandu van berjaya melarikan diri manakala dua suspek  (masing-masing warga Maghribi dan Melilla) ditahan polis.

barcelonabarcelona

Seorang suspek ditahan di Ripoll dan seorang lagi di Alcanar, tempat berlakunya kejadian letupan pada Rabu menyebabkan seorang maut dan tujuh cedera.

Menurut polis, kejadian letupan mempunyai kaitan dengan serangan di Las Ramblas.

Perdana Menteri Sepanyol Mariano Rajoy dan timbalannya Soraya Saenz de Santamaria, dilaporkan turut berada di Barcelona bagi mengetahui keadaan terkini.

Sementara itu, dalam satu sidang akhbar, Presiden Kerajaan Wilayah Catalonia, Carles Puigdmeont mengutuk serangan itu.

“Catalonia akan sentiasa menjadi tempat yang penuh dengan kedamaian serta selamat dan sama sekali tidak akan membiarkan golongan minoriti melemahkan kami,” katanya. –Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here