MANCHESTER: Pujian melambung diberikan oleh jurulatin Manchester United, Louis Van Gaal kepada Memphis Depay selepas meledak dua gol bagi mencipta kemenangan 3-1 pada perlawanan play-off pertama ke atas Club Brugge, di Old Trafford, awal pagi tadi.

 

Ini berikutan United terpaksa bangkit daripada ketinggalan pada minit ke-8 apabila Michael Carrick menjaringkan gol sendiri namun Depay menghadiahkan dua gol pada minit ke13 dan ke-43. Malah, Depay yang baharu dibawa ke Old Trafford, membantu Marouane Fellaini untuk gol ketiga menerusi tandukan pada minit-minit terakhir permainan tamat.

 

Kecemerlangan Depay beraksi menentang kelab dari Belgium itu nyata menaikkan semangat van Gaal yang terus berkata: “Saya mahu menciumnya malam ini.”

 

Ia sebahagian daripada penjelasan van Gaal betapa dia agak keberatan untuk menamakan individu dalam pasukannya namun nilai sebenar Depay dapat dilihat dan agar menjadi contoh kepada pemain muda lain.

 

Ia gol pertama Depay sejak dibawa masuk dengan nilai AS$39.1 juta/35.2 juta Euro) dari PSV Eindhoven. – AFP

-BeritaHarian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here