Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dijangka merasmikan Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Plaza Angsana, Ampangan, di sini, pada 30 November ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata kompleks UTC yang pertama di Negeri Sembilan itu akan memulakan operasinya selepas dirasmikan Perdana Menteri.

“Bangunan ini menempatkan pelbagai pejabat jabatan serta agensi kerajaan, yang membolehkan masyarakat mendapatkan perkhidmatan awam dengan mudah secara berpusat di satu lokasi.

“Pusat ini akan memberi banyak manfaat kepada masyarakat terutama di kawasan Ampangan, Paroi serta Kuala Pilah,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat EXCO di Wisma Negeri, di sini, hari ini.

Mohamad berkata, projek Kerajaan Persekutuan itu adalah sebahagian daripada pelan transformasi negara (UTP) bagi kemudahan bersama.-BH

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here