Pelakon Uqasha Senrose ditahan selepas polis menemui enam ‘aluminium foil’ mengandungi 53 pil eramin 5 di dalam beg tangan miliknya pagi semalam.

Menurut sumber, dadah terbabit ditemui selepas Uqasha dibawa ke Balai Polis Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr Ismail, 11.45 pagi semalam.

“Pelakon yang memandu Range Rover dikatakan melanggar kenderaan Honda BRV di jalan terbabit. Anggota polis ke lokasi kejadian kemudian membawanya ke balai polis itu untuk pemeriksaan lanjut.

“Sebaik tiba di balai, anggota polis wanita membuat pemeriksaan tubuh pelakon berkenaan dan menemui 53 pil eramin 5 yang dianggarkan seberat 14.74 gram dalam beg tangan miliknya.

“Ujian saringan awal air kencing dilakukan terhadap pelakon itu didapati negatif. Dia kini ditahan di balai polis itu untuk siasatan lanjut,” katanya.

Menerusi laman sosial Facebook ‘Info Roadblock JPJ/POLIS’, sekeping foto Uqasha bersama kapsyen yang dipercayai laporan polis telah menjadi viral dan dikongsikan oleh netizen.

Laman sosial Instagram milik Uqasha juga menjadi sasaran netizen yang meninggalkan komen untuk ‘menyerang’ kakak kepada aktres Nelydia Senrose itu.



Namun begitu, Uqasha kini telah menutup ruangan komen akaun Instagram miliknya.

Baca lagi: Uqasha Senrose Kecam Wanita Bertudung Labuh Tunjuk Penumbuk?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here