Malaysian International Trade and Industry Minister Mustapa Mohamed delivers his speech during the launching of ASEAN SME Showcase and Conference (ASSC) 2015 at the Kuala Lumpur Convention Centre in Kuala Lumpur on May 26, 2015. The Malaysian Insider/Najjua Zulkefli

KUALA LUMPUR, 24 Ogos – Unjuran Malaysia untuk mencapai pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) antara 4.5 peratus dan 5.5 peratus kekal tidak berubah walaupun menghadapi beberapa cabaran, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

“Ya, terdapat beberapa cabaran, tetapi apa yang lebih penting ialah kita dapat mencatat imbangan perdagangan yang baik walaupun eksport dan import turun.

“Kita masih positif dengan pertumbuhan kita dan kita akan terus teguh,” katanya pada sidang media pada hari ketiga Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) Ke-47 dan Mesyuarat Berkaitan di sini Isnin.
Mustapa berkata pada masa ini, ekonomi Malaysia dalam keadaan baik dengan pertumbuhan dipacu terutamanya oleh permintaan domestik pada enam bulan lepas.

Ekonomi Malaysia berkembang pada kadar 4.9 peratus pada suku kedua 2015, menjadikan pertumbuhan KDNK pada separuh pertama kepada 5.3 peratus.
Menurut Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, ekonomi Malaysia dijangka kekal pada landasan pertumbuhan yang stabil, dengan permintaan domestik terus menjadi pemacu utama pertumbuhan.

Sumber: BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here