Undang-undang berita palsu dapat membendung ancaman subversif dan ektremis seterusnya memastikan keselamatan negara serta rakyat, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata berita palsu akan menyebabkan wujud ketidakselesaan, ketidaktenteraman ataupun rasa tidak selamat dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Bayangkan kalau berita palsu melibatkan seorang individu, ia bukan sahaja menyebabkan ketidakselesaan kepada individu terlibat tetapi juga kepada keluarga malahan rumah tangga mungkin retak.

“Apatah lagi kalau ia boleh menjejaskan ketenteraman awam, kita perlu banteras dan bendung perkara ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Fadillah berkata undang-undang untuk mengekang berita palsu bukan perkara baharu, malah beberapa negara sudah pun melaksanakannya.

“Di Malaysia mungkin kita lambat sikit ambil tindakan, kalau di Singapura apabila ada komentar terhadap pemimpin mereka, hari seterusnya tentu sudah didakwa. Undang-undang ini juga telah diperkenalkan di beberapa negara lain,” katanya. – Bernama / Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here