Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata UMNO tiada masalah untuk menerima permohonan maaf Tun Dr Mahathir Mohamad sepanjang beliau berkecimpung dalam politik.

“Alhamdulillah, Tun minta maaf. .Jika Tun mengaku ada buat salah kita boleh terima tetapi bila dah tuduh dengan teruk kerajaan yang memerintah, tidak baiklah.. sebab kita semua bukan sempurna.

“Begitu juga bila nak tegur kita kena ingat kita pernah buat salah atau tidak…saya harap kembalilah ke pangkal jalan dan bersama kerajaan supaya kita menjadi lebih kuat dan dapat menunaikan lebih banyak hasrat dan kebaikan untuk rakyat,” katanya.

Semasa berucap merasmikan mesyuarat agung pertama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Shah Alam semalam, Dr Mahathir membuat permohonan maaf itu bagi segala kesalahan yang pernah dilakukannya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here