Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tan Sri Muhyiddin Yassin mengecam penduduk setempat yang berlagak samseng yang mengganggu ceramah Pakatan Harapan (HARAPAN) di Johor Bahru Sabtu lalu sehingga terpaksa dibatalkan.

Menggelar kumpulan itu sebagai “samseng Umno”, Muhyiddin berkata ia tidak sepatutnya berlaku kerana pada acara itu HARAPAN turut mengagihkan bantuan dan limau mandarin sempena sambutan Tahun Baru Cina.

“Ia perkara simbolik, biasa dilakukan ketika perayaan. Sepatutnya tiada tindakan (gangguan) sebegitu.

“Ia menunjukkan sikap biadab dan tidak hormat, hanya kerana perbezaan politik. Kita boleh berbeza dalam politik, tetapi jangan halang pemimpin masyarakat (untuk menganjurkan majlis seumpama itu,” katanya ketika ditemui selepas sesi ‘walkabout’ di Pasar Dato’ Keramat, hari ini.

Pada 10 Februari lalu, ceramah yang diadakan di sebuah warung di Kampung Bakar Batu Johor Bahru anjuran HARAPAN negeri yang dihadiri Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang diganggu sekumpulan penduduk.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here