Langkah sewajarnya yang perlu diambil bagi menangani nasib rakyat Palestin akan diketengahkan pada perhimpunan dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan para pemimpin PAS di Putrajaya pada 22 Disember ini.

Presiden UMNO itu berkata UMNO dan PAS perlu bersama-sama mencari jalan untuk menangani isu berkenaan.

“Perlu ada pendirian bersama apabila ia melibatkan isu kepentingan Islam dan umatnya,” kata Najib kepada media Malaysia yang membuat liputan lawatan rasmi beliau di Manama, Bahrain, pada Sabtu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here