UMNO

Pemuda Umno Pahang membantah keputusan Kementerian Kesihatan melonggarkan syarat lulus Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk pelantikan secara kontrak ke jawatan Pegawai Perubatan.

Ketuanya, Shahar Abdulah berkata, keputusan itu bercanggah dengan aspirasi rakyat Malaysia yang sepatutnya memelihara kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan.

“Ia seolah-olah mencabar Perlembagaan Persekutuan di bawah artikel 161 dan artikel 152 yang mengangkat bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sekali gus bahasa rasmi dalam urusan kerajaan.

“Kita harus sedar, adalah menjadi tanggungjawab setiap warganegara Malaysia untuk menguasai bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan lebih-lebih lagi penjawat awam yang merupakan barisan hadapan kerajaan untuk berkomunikasi dengan masyarakat,” katanya dalam kenyataan media.

Katanya, keputusan itu bukan sahaja dibuat secara tergesa-gesa, malah mewujudkan dwistandard dalam syarat wajib bagi pengambilan penjawat awam di negara ini.

“Jika bangsa Cina dan India sekeras-kerasnya mempertahankan sekolah vernakular untuk ‘menjaga’ bahasa ibunda mereka, mengapa dengan mudah kita boleh berkompromi tentang sesuatu yang sangat besar seperti ini?” soalnya.

Justeru Pemuda Umno Pahang menggesa Kementerian Kesihatan menarik balik kelonggaran syarat berkenaan dan mengkaji secara terpeinci mengenai kesannya terhadap masa depan dan kedudukan bahasa Melayu.

“Sekiranya Kementerian Kesihatan tidak mempertimbangkan dan mengkaji semua keputusan penarikan syarat lulus BM, saya khuatir ini adalah permulaan kepada pelbagai lagi tuntutan untuk menyingkirkan bahasa Melayu sebagai bahasa berdaulat di negara ini,” katanya.

 

1 COMMENT

  1. ketika consultation dengan patient, pegawai perubatan a.k.a. doktor lebih selesa berbicara menggunakan standard english.. biarlah dia sorang je yang paham.. lantaklah patient nganga je apa kejadah doktor cakap.. doktor ni kerja dia bukan macam lawyer cakap berjela-jela.. doktor yang baik ialah action speak louder than his words.. cakap serupa bikin.. dalam operation theatre, doktor bedah pakai mask dan hanya guna bahasa isyarat untuk berkomunikasi dengan staff lain.. yang penting doktor tu ada passion merawat pesakit.. bukan senang tau nak cari manusia yang sanggup luangkan masa dia study bersungguh-sungguh macam mana nak selesaikan masalah pesakit. nak pikir prosedur perubatan bagai.. bukan macam lawyer burok cakap putar belit sana-sini, kelentong tunggang-terbalik..

    in short, kerajaan harus perketatkan lagi syarat nak jadi peguam bertauliah di malaysia. mesti dapat sekurang-kurangnya A- subjek bahasa melayu spm.. bukan apa kan.. agak menghina bila melihat lawyer tergagap-gagap, mengalami kesulitan ketika berbicara dalam bahasa melayu.. katanya lebih selesa dalam british english.. tapi yang buroknya cakap english pun lintang-pukang tak dengar macam british accent pun.. entah apa nak jadi lah lawyer sub-standard yang malaysia ada sekarang ni.. tak percaya?? cuba tengok macam mana ahli parlimen dewan rakyat malaysia.. punya beriya-iya nak menang pilihan raya banyak penggal.. tapi cakap bahasa melayu dan english pun bunyi haram jadah.. contohnya lim kit siang bekas ketua pembangkang yang berangan nak jadi perdana menteri malaysia ke-7 tu.. sepatutnya lawyer ni mestilah serba boleh boleh cakap bahasa baku, bahasa pasar.. ni bahasa baku pun tak reti? entah mereka ni study ke bahasa baku tu apa ke benda..

    doktor bukan hanya perlu pandai bahasa baku.. biasanya ketika consultation dengan pesakit.. doktor biasanya guna bahasa rojak bahasa pasar je.. yang penting patient paham apa kena buat.. kena makan ubat. kena rehat. kena exercise.. and so on.. medical term yang complicated tu biar yang profesional je uruskan..

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here