BALIK PULAU – UMNO Bahagian Balik Pulau hari ini meminta polis menyiasat tindakan peserta Bersih 4 memijak gambar Perdana Menteri dan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada perhimpunan haram 29 dan 30 Ogos lepas.

Ketua Biro Penerangan UMNO Balik Pulau Ismail Kassim berkata provokasi yang dilakukan oleh peserta perhimpunan itu telah menimbulkan keadaan tidak selesa kepada dua parti Melayu terbesar di negara ini.

“Tindakan peserta perhimpunan memijak gambar perdana menteri dan presiden PAS itu boleh mendatangkan kemarahan rakyat serta penyokong kedua-dua parti politik serta merosakkan perpaduan dalam negara yang akan mendatangkan kegusaran selain menyebabkan ketegangan kaum.

“Jadi kami mahu tindakan tegas kerana mereka ini sudah menanamkan politik kebencian kepada rakyat,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya di sini hari ini.

Sumber: BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here