UMAT Islam di Sri Lanka masih lagi dihantui oleh kumpulan samseng dan golongan militan yang mempunyai perasaan benci keterlaluan terhadap etnik minoriti tersebut.

Terbaharu sebuah restoran dimiliki penduduk Islam di Anamaduwa, kira-kira 130 kilometer ke utara Colombo, diserang samseng walaupun pihak polis berada dalam keadaan berjaga-jaga sebelum serangan dilancarkan.

Ekoran itu, Presiden Sri Lanka, Maithripala Sirisena mengumumkan pelantikan panel dianggotai tiga hakim bersara untuk siasat ketegangan yang mengundang kebimbangan kumpulan hak asasi dan masyarakat antarabangsa.

Lapor Berita Harian, perintah berkurung bagaimanapun telah ditarik balik di daerah Kandy, pusat keganasan yang tercetus, tetapi anggota tentera terus meronda di jalan raya sebagai langkah keselamatan.

Beberapa rangkaian media sosial termasuk akaun Facebook disekat di seluruh Sri Lanka bagi menghalang penyebaran ucapan berbaur kebencian terhadap umat Islam.

Kerajaan negara rantau Asia Selatan itu mengisytiharkan darurat minggu lalu apabila 11 buah masjid dibakar dan 200 perniagaan milik penduduk Islam dimusnahkan.

Rusuhan tersebut telah menyebabkan sekurang-kurangnya tiga maut dan 20 lagi cedera.

Umat Islam terus menjadi buruan keganasan samseng dan militan di kawasan tersebut tanpa sebab dan alasan yang munasabah seolah-olah menjadi mangsa kerakusan dan kegilaan bagi memuaskan samseng dan militan tersebut.

Adakah umat Islam Sri Lanka akan turut mengalami nasib yang sama seperti umat Islam di Rohingnya?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here