Harapan Belanda ke pusingan akhir kian tipis selepas tumpas 0-3 kepada Turki yang mempamerkan aksi cemerlang pada saingan kelayakan Euro 2016, awal pagi tadi.

Kehadiran seramai 40,000 penyokong di Stadium Konya mencetus suasana sukar menyaksikan Turki menggabungkan kekuatan fizikal gagal disaingi oleh Belanda.

Turki meledak awal menerusi penyerang Besiktas Oguzhan Ozyakup diikuti gol pemain Barcelona Arda Turan sebelum Burak Yilmaz menyudahkan cabaran dengan jaringan ketiga.

Dua pemain Belanda bermain dalam Liga Turki Wesley Sneijder dan Robin Van Persie tidak mampu mengugat benteng lawan.

Republik Czech sudah mengesahkan tempat sementara Iceland meraih kedudukan tempat kedua slot automatik kumpulan A.

Keputusan meletakkan Turki dan Belanda perlu bertarung selaku tempat ketiga berkemungkinan melalui play-off untuk ke Perancis.

Jurulatih Turki Fatih Terim memuji skuadnya bermain seperti dirancang.

“Saya mengucapkan tahniah kepada pemain,” katanya. “Pemain menyerlah seperti diharapkan.”

Sumber: HarianMetro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here