Puteri tunggal Sultan Johor, Tunku Puteri Johor Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim dan warga Belanda, Dennis Muhammad Abdullah, selamat diijab kabul di Istana Bukit Serene di sini dengan penuh tradisi dan adat istiadat budaya Johor, sebentar tadi.

Sebanyak 30 gambar istiadat nikah yang dimuat naik dalam laman Facebook Johor Southern Tigers dikongsi sehingga lebih 5,000 pengguna laman sosial berkenaan sejak dimuat naik sejam lalu.

Laman sosial berkenaan turut merakamkan ucapan sembah tahniah kepada Tunku Aminah dan suaminya.

Menerusi gambar yang dimuat naik, semua keluarga Diraja menghadiri istiadat berkenaan.

Hadir sama, Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Upacara bersanding dijangka berlangsung jam 8 malam ini di Bilik Singgahsana, Istana Besar di sini.

Tunku Tun Aminah yang diputerikan pada 8 April 1986, adalah anakanda kedua daripada enam beradik dan puteri tunggal kepada Sultan Ibrahim dan Tuanku Permaisuri Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here