Saturday, June 23, 2018
Home News Tunku Imran Tewas Pemilihan Presiden CGF

Tunku Imran Tewas Pemilihan Presiden CGF

0
191

KUALA LUMPUR – Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Tunku Imran Tuanku Jaafar gagal mempertahankan kerusi No.1 dalam Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) apabila tewas pada pemilihan badan induk tersebut di Auckland, New Zealand sebentar tadi.

Tunku Imran tewas kepada pencabarnya, Louise Martin dari Scotland yang juga bekas Setiausaha Kehormat CGF sekali gus menjadi presiden wanita pertama badan induk Sukan Komanwel tersebut.

Kekalahan tersebut juga menyebabkan hasrat Tunku Imran untuk terus memegang tampuk kepimpinan CFG bagi sepenggal lagi tidak kesampaian.

Pada penggal 2011-2015, Tunku Imran dipilih sebagai Presiden CGF selepas menang tanpa bertanding.

Sumber: Utusan Malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here