TOKYO –Satu perhimpunan bagi membantah rancangan undang-undang baharu telah dijalankan di luar bangunan Parlimen Jepun yang dihadiri berpulu-puluh ribu peserta. Tujuan perhimpunan ini ialah bagi membantah cadangan undang-undang baru yang akan  membolehkan tentera negara Jepun terlibat dalam peperangan.

Semakin ramai penduduk Jepun termasuk pelajar universiti dan ibu bapa muda yang menyertai tunjuk perasaan terhadap rang undang-undang kontroversi tersebut ketika parti pemerintah Perdana Menteri, Shinzo Abe bersedia meluluskannya sebelum persidangan semasa berakhir hujung bulan hadapan.

Sambil memegang sepanduk ‘Tolak Peperangan’, ‘Keamanan Bukan Peperangan’ dan ‘Halang Rang Undang-Undang Keselamatan’, penunjuk perasaan yang berteriak kuat memenuhi jalan raya di hadapan bangunan Parlimen Jepun.

Penganjur mendakwa sekitar 120,000 orang mengambil bahagian dalam perarakan di Tokyo dan beberapa tunjuk perasaan yang diadakan di seluruh Jepun tetapi perangkaan daripada pihak polis belum diperoleh setakat ini.

Di bawah rancangan pembaharuan kerajaan, tentera Jepun akan dibenarkan bertempur bagi mempertahankan sekutu Jepun seperti Amerika Syarikat sekali pun jika tiada ancaman secara langsung terhadap negara itu. – AFP

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here