forex

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerugian Bank Negara dalam urus niaga pertukaran mata wang asing (forex) pada era pentadbirannya  berpunca daripada kegagalan melihat kesan Perjanjian Maastricht.

Perjanjian Maastrich, pendorong kepada pembentukan Kesatuan Eropah dan pengenalan mata wang tunggal.

“Bank Negara memutuskan sebahagian daripada pengurusan rizab negara, termasuk perdagangan matanag wang, dapat mengekalkan jumlah rizab.

“Dagangan mata wang adalah perniagaan yang sangat menguntungkan kerana banyak dana lindung nilai berdagang mata wang.

“Tetapi risikonya. Kamu boleh untung dan kamu boleh rugi. Ini terjadi apabila mereka gagal jangkakan keputusan Perjanjian Maastricht.

“Dan apabila kalah dalam pertaruhan. Saya tidak tahu bagaimana mereka rugi.

“Saya diberitahu mereka berdagang mata wang tetapi saya tidak dimaklumkan maklumat terperinci,” katanya dipetik, The Malaysian Insight, semalam.

Mahathir berkata, Bank Negara kemudian menyerahkan laporan kepada Parlimen berkaitan kerugiannya.

“Itulah sahaja yang kerajaan tahu,” ujarnya.

Perjanjian Maastricht ditandatangani pada 7 Februari 1992.

“Mereka buka pejabat di London dan saya diundang buka bilik perdagangan. Tetapi selain itu saya tidak tahu.

“Dan akhirnya mereka rugi wang. Bila rugi, kerajaan putuskan tutup, berhentikan semua urus niaga,” katanya.

Mahathir berkata, beliau tidak ingat jumlah sebenar kerugian itu, tetapi dimaklumkan dalam lingkungan RM10 bilion.

Awal Februari lalu, bekas penolong gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid mendedahkan bank pusat itu mengalami kerugian AS$10 bilion (RM44 bilion) dalam urus niaga perdagangan mata wang pada awal 90-an.

Kabinet bersetuju dengan syor pasukan petugas khas (PPK) yang mengesyorkan terdapat keperluan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi membolehkan siasatan mengenai kerugian Bank Negara Malaysia (BNM) pada Jun lalu.

Pejabat Perdana Menteri kemudian mengesahkan  siasatan awal PPK mendapati jumlah kerugian adalah lebih besar daripada apa yang telah dilaporkan.

Difahamkan  terdapat elemen menyembunyikan fakta sebenar kerugian dengan mengemukakan maklumat yang bertujuan mengelirukan jemaah menteri dan Parlimen.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here