PERSOALAN besar yang pastinya bermain di dalam minda rakyat kini adalah, apa sudah jadi kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Pengerusi Pakatan Harapan itu kini dilihat semakin terdesak menyerang kerajaan bagi menjatuhkan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Adakah Mahathir sudah tidak waras atau boleh dikatakan sudah nyanyuk?

Terbaharu, Mahathir membuat ulasan serta membidas kerajaan dengan menyifatkan segala manfaat dan inisiatif yang di­salurkan kepada rakyat serta penjawat awam sebagai pembaziran terhadap kewangan negara.

Adakah Mahathir terlupa jika perkara ini diketahui oleh 1.6 juta penjawat awam seluruh Malaysia, maka dia bakal menerima sumpah saranah dan cacian yang amat dahsyat?

Atau Mahathir sengaja untuk melarikan fokus rakyat daripada isu dia menghina keturunan Bugis?

Mahathir turut mempertikaikan bantuan yang diagihkan kepada jemaah haji selain berpendapat golongan yang telah bersara tidak layak menerima wang pencen.

“Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) misalnya telah membebankan wang kerajaan sebanyak RM7 bilion atau lebih pada setiap tahun, termasuk bantuan RM300 kepada para nelayan.

“Pemberian RM800 kepada pengerusi JKKK, ribuan ringgit kepada jemaah haji serta bayaran pencen kepada golongan bersara yang tidak layak menerimanya dan lain-lain,” katanya dalam blognya di http://chedet.cc.

Mahathir turut tidak bersetuju tindakan Najib meningkatkan gaji minimum kepada rakyat di negara ini.

“Peningkatan kadar gaji minimum kepada semua pekerja dalam pelbagai bidang di sektor kerajaan dan swasta. Daripada RM700 kepada RM1,200 – hampir dua kali ganda.

“Apabila gaji minimum me­ningkat, mereka yang menerima lebih daripada kadar tersebut juga akan meningkat. Semua itu bagi mengekalkan keseimbangan antara pelbagai tahap dan pangkat para pekerja,” kata Mahathir.

Melalui apa yang dikatakan Mahathir itu, adakah Pakatan Harapan tidak akan membela nasib penjawat awam jika mereka menang pilihan raya umum akan datang?

Adakah Pakatan Harapan akan mengurangkan jumlah penjawat awam yang kini rata-rata daripada mereka sedang selesa dengan nikmat jawatan serta ganjaran diperoleh?

Mereka juga berisiko tinggi untuk mengalami penurunan gaji apabila Mahathir sendiri tidak suka akan pelaksanaan gaji minimum.

Bersediakah 1.6 juta penjawat awam di Malaysia untuk menghadapi semua senario ini jika Mahathir kembali memerintah negara?

Adakah Mahathir mahu kakitangan awam kembali hidup susah seperti di zamannya dahulu?

Sebelum ini Mahathir memaklumkan mahu buang penjawat awam jika DAP dan Pakatan Harapan berjaya menguasai Putrajaya.

“Sebab itu kita tidak boleh terima sama sekali kerajaan yang ada sekarang ini, bahkan ada kakitangan kerajaaan tertentu yang perlu disingkir oleh kita juga,” kata Mahathir ketika berucap di Perhimpunan Kleptokrasi di Padang Timur, Petaling Jaya pada 14 Oktober 2017.

Ternyata Mahathir kini senada dengan DAP yang bukan sahaja menganggap penjawat awam membebankan malah mahu mengurangkan jumlahnya.

Kenapa DAP mahu berbuat demikian?

Adakah disebabkan ramai orang Melayu dalam sektor awam menyebabkan DAP mahu berbuat demikian dan kini langkah itu mahu diikut oleh Mahathir pula?

Kenapa Mahathir dan DAP begitu berdendam dengan penjawat awam?

Salahkah kerajaan membela dan memberikan insentif kepada penjawat awam di negara ini?

Yang pastinya, nasib penjawat awam kini telah pun diketahui di bawah kerajaan pimpinan Najib.

Jika Mahathir dan Pakatan Harapan memerintah, apakah pula nasib penjawat awam?

Gambarannya telah pun diberikan oleh Mahathir dan DAP.

Bersediakah kita?

1 COMMENT

  1. Mahathirlah pemimpin negara yg memacu Malaysia ke satu kedusukan yg disegani malah ekonominya beberapa ketika sgt bertahan walau ada waktu ekonomi dunia meleset. Mahathir bijak mencatur ekonomi negara. Bahkan kata kata nya terhadap pendapatan penjawat awam dan lainnya lenuh maksud tersirat. Dari satu sudut nampak macam menyelat pendapatan penjawat awan dan lainnya tapi dr sudut satu lagi ianya menyelamatkan majoriti rakyat Malaysia. Siapa rakyat ? Penjawat Awam juga rakyat. Hasilnya nanti juga kan dinikmati secara saksama oleh samada penjawat awam, swasta dan rakyat biasa yg marhein ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here