KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membuat kejutan besar dengan hadir di perhimpunan Bersih 4 di sini malam ini. Beliau yang diiringi isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, tiba di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada jam 7.25 malam. Walaupun dikawal ketat oleh beberapa pengawal peribadi, mereka masih sempat meluangkan masa bersalaman dengan beberapa peserta. Beliau meluangkan masa hampir 15 minit sebelum dilihat beredar ke tempat lain.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here