Pelantikan

Bekas Peguam Negara Tan Sri Abu Talib Othman mahu bekas Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria menjelaskan alasan cadangan pelantikan Ketua Hakim Negara Tan Sri Md Raus Sharif dan Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin sebagai hakim tambahan.

“Saya fikir bekas ketua hakim itu mempunyai kewajiban untuk menjelaskan kepada rakyat berhubung asas beliau menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk melantik mereka sebagai hakim tambahan ketika mereka masih berkhidmat.

“Adakah kerana hakim-hakim lain tidak berwibawa,” soal Abu Talib dalam satu wawancara dengan Malaysiakini.

Abu Talib berkata adalah penting bagi Arifin untuk menjelaskan alasan di sebalik cadangannya untuk menghilangkan sebarang persepsi tidak berasas.

“Dengan berbuat demikian akan meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap badan kehakiman.

“Jika tidak, ramai akan membuat spekulasi sebab pelantikan itu tidak baik untuk integriti badan kehakiman. – Malaysiakini –

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here