Swansea City sekali lagi menewaskan Manchester United, 2-1, dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Liberty, sebentar tadi – kemenangan ketiga berturut-turut pasukan berkenaan ke atas skuad The Red Devils.
Dalam saingan malam tadi, United lebih dulu berada di depan menerusi jaringan Juan Mata pada pada minit ke-50, namun kelebihan itu dipadamkan oleh Andre Ayew pada minit ke-61.
Tuan rumah kemudian berada di depan lima minit kemudian menerusi ledakan kencang Bafetimbi Gomis bagi menjadikan kedudukan 2-1.
Skuad Louis Van Gaal sebelum ini juga tewas 2-1 di gelanggang sama musim lalu dan kemudian tewas sekali lagi dengan jumlah jaringan sama di laman sendiri selepas itu
Kemenangan itu membolehkan Swansea melonjak ke tangga keempat dalam carta liga, dengan himpunan lapan mata, hanya ketinggalan empat mata di belakang pendahulu, Manchester City. United pula turun satu anak tangga ke tempat kelima dengan himpunan tujuh mata. –
KEPUTUSAN AHAD
Swansea 2 (Ayew m-61, Gomis m-66) Manchester United 1 (Mata m-48)
Southampton 3 (Pelle 45+1, Tadic 64, 67) Norwich 0

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here