Neymar menerima trofi Samba d’Or untuk kali ketiga sepanjang kariernya.

Anugerah tersebut diberi bagi menghargai pemain terbaik Brazil di Eropah dan ianya diundi oleh sebilangan penyokong, wartawan serta bekas pemain.

Bintang Paris Saint-Germain (PSG) itu turut merangkul gelaran sama pada musim 2014 dan 2015 ketika Neymar bersama kelab Barcelona.

Kemenangan tersebut menjadikan Neymar berada sebaris dengan rakan sepasukannya Thiago Silva yang juga merangkul tiga kali selepas Kaka meraihnya buat kali pertama anugerah ini diperkenal pada tahun 2008.

Selain Neymar, pemain tengah Liverpool Philippe Coutinho juga pernah menerima anugerah ini pada tahun 2016.

Neymar telah merakam 17 gol daripada 20 aksi sejak berpindah ke PSG dari Barca Ogos lalu.

Dia bakal menerima trofi pada majlis di Paris Februari ini.

— MStar Online

SHARE
Previous articlePKR Masih Lagi “Sangsi” Dengan Pemilihan Tun M
Next articleFaiz Subri Kekal Bersama Pulau Pinang
Berketurunan Melayu Jawa tetapi tidak boleh berbahasa jawa. Merupakan seorang peminat masakan jawa lebih-lebih lagi tempe dan nasi pecel lele. Juga merupakan peminat tegar kepada pasukan bola sepak Barcelona FC. Visca El Barca!!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here