Sejak akhir-akhir ini, media sosial banyak membicarakan mengenai┬áDato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan atau dikenali dengan nama rakyatnya “Tok Mat”. Nama Tok Mat popular disebabkan prestasi serta popularitu imej “Bersih” beliau terus mendapat perhatian. Malah, sentimen semasa netizen yang kini tidak banyak menyebelahi parti Barisan Nasional memuji gaya kepimpinan beliau yang sering turun padang bagi mendekati rakyat.

Mengapa Tok Mat?

Secara jujurnya, BN tidak mempunyai ramai pemimpin yang mempunyai aura seperti Tok Mat apatah imej yang “Bersih”. Tidak banyak diperkatakan oleh netizen mengenai beliau hanya berita-berita positif yang boleh memberikan sedikit kelebihan kepada BN dalam mendapatkan sokongan umum. Namun, perjalanan politik beliau tidak mudah apatah lagi ┬áreputasi Tan Sri Isa Samad yang juga “predecessor” MB Negeri Sembilan sangat tercemar.

Lebih popular dari KJ?

Tok Mat dan Khairy Jamaluddin berada dalam satu kawasan yang sama iaitu Rembau di mana KJ ahli parlimennya manakala Tok Mat adalah ADUN Rantau. Walaupun KJ lebih dikenali sebagai ikon “anak muda” namun jika dibandingkan dari segi gaya kepimpinan serta imej mesra rakyat, Tok Mat dilihat lebih ke hadapan berbanding KJ. Mungkin, faktor Tok Mat sebagai ADUN di kawasan Parlimen Rembau banyak membantu KJ dalam mendapatkan undi di mana penduduk Rembau semestinya tahu bahawa KJ tidak popular di situ.

Apa masalah UMNO?

Masalah utama yang dihadapi Tok Mat adalah UMNO. UMNO dilihat seolah-olah tidak gemar dengan calon-calon sepertinya kerana reputasi imej bersih. Beliau hanya berada dalam lingkungan jawatan Ahli Majlis Tertinggi tetapi bukan dalam kelompok calon pilihan. Dalam hal ini, Tok Mat perlu lebih agresif untuk ke depan dalam UMNO. Malah, YAB PM perlu melihat kredibiliti beliau dalam menstabilkan Negeri Sembilan untuk dibawa ke persekutuan. Di saat genting BN atau UMNO untuk mendapat sokongan rakyat, mungkin Tok Mat adalah “senjata” senyap untuk menumbangkan parti lawan.

Tok Mat For Malaysia

Anak muda suka Tok Mat. Orang Tua suka Tok Mat. Cina suka Tok Mat. India suka Tok Mat. Ini bukan tulisan untuk popularkan dia. Tetapi, kita ketandusan pemimpin seperti dia. Hendak harapkan Pakatan Harapan menang memang mimpi tidak menjadi nyata. Apa yang ada, adalah orang seperti dia.

YAR (Yusri Anak Rembau) adalah nama pena penulis yang mendambakan pemimpin imej bersih seperti Tok Mat. Tulisan ini adalah pandangan peribadi beliau dan tiada kena mengena dengan Malaysian Access.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here