Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isteri, YM Che’ Puan Khaleeda Bustamam mendapat seorang putera yang juga waris kepada takhta kerajaan Johor.

Pengumuman Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli itu dimuat naik dalam laman web rasmi Johor Southern Tigers, sebentar tadi.

“Jumaah Majlis Diraja sukacita mengumumkan keputeraan seorang waris takhta kerajaan negeri Johor pada hari ini,”¬†katanya dalam kenyataan.

Kenyataan itu juga memaklumkan Che Puan Khaleeda selamat melahirkan seorang putera di Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, hari ini.

Sebelum ini, pasangan diraja ini telah dikurniakan seorang puteri iaitu Yang Amat Mulia Tunku Khalsom Aminah Sofiah yang berumur setahun 3 bulan.

Sumber – Johor Southern Tiger

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here