Thursday, June 21, 2018
Home Muka Depan Tingkatkan Perkhidmatan Komuter Bagi Pengguna

Tingkatkan Perkhidmatan Komuter Bagi Pengguna

0
243

10_EKONOMI_200815_PM Temui Pakar Ekonomi Untuk Dengar Pandangan Mereka Mengenai Kedudukan Ekonomi Semasa

KUALA LUMPUR 26 Ogos – Datuk Seri Najib Tun Razak meluahkan harapan agar penambahbaikan perkhidmatan KTM Komuter sentiasa dilaksanakan bagi keselesaan pengguna.

Menurut Perdana Menteri, pemantauan rapi akan terus dijalankan di semua stesen KTM Komuter dari semasa ke semasa.

“Sebanyak 12 kaunter tiket tetap dan empat kaunter bergerak juga sudah dibuka di KL Sentral sejak 7 Ogos lalu bagi mengatasi masalah berbaris panjang.

“Pemantauan rapi akan terus dilaksanakan di semua stesen KTM Komuter. Saya berharap akan sentiasa ada penambahbaikan bagi perkhidmatan KTM Komuter dari semasa ke semasa,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook miliknya hari ini.

Usaha menambah baik pengangkutan awam menjadi antara perhatian utama Perdana Menteri dengan beliau sebelum ini melakukan tinjauan bagi memahami masalah dialami pengguna pengangkutan awam di KL Sentral.

Selain itu, menerusi pembentangan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) Mei lepas, pelbagai langkah telah diumumkan kerajaan bagi menambah baik pengangkutan awam untuk menyediakan sistem perkhidmatan yang selesa dan berkualiti.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here