KERAJAAN negeri Pulau Pinang hari ini berkata pihaknya akan mengambil tindakan terhadap pentadbiran masjid, penceramah dan khatib sekiranya rumah ibadat itu disalahgunakan untuk politik.

Exco hal ehwal agama Islam Abdul Malik Abul Kassim berkata, kerajaan negeri mengambil serius isu ini dan memberi amaran kepada pentadbiran masjid di seluruh negeri itu adalah terhad kepada politik.

“Masjid tidak boleh digunakan untuk parti politik apatah lagi untuk melemparkan pelanggaran lisan dan memainkan isu perkauman dan agama.

“Ceramah dan pelajaran agama juga tidak boleh mengandungi elemen yang mengganggu keharmonian kaum di negeri ini.

“Kami  jangkakan isu seperti ini akan berlaku menjelang pilihan raya umum akan datang,” katanya hari ini.

Abdul Malik berkata, kerajaan Pulau Pinang selama ini terbuka mengenai program masjid dan ceramah.

Namun katanya, terdapat segelintir pihak yang mengambil kesempatan di atas keterbukaan kerajaan negeri.

“Setakat ini, kami menasihatkan dan memberi surat tunjuk sebab kepada beberapa individu yang terlibat.

“Kami juga akan memantau beberapa individu untuk mengambil tindakan ke atas mereka. Mereka sama ada akan ditarik balik kelulusan atau dihalang daripada mengajar agama di Pulau Pinang,” katanya.

Syarat untuk mengajar agama Islam dengan kelulusan di Pulau Pinang adalah tidak menyebarkan fahaman atau pemikiran yang bertentangan dengan ahli Sunnah Wal Jamaah, tidak menyinggung mana-mana kaum, agama, budaya dan amalan budaya penduduk setempat yang boleh membawa kepada ketegangan kaum dan agama.

Seseorang juga tidak boleh menyentuh perkara yang melibatkan Raja dan Sultan, yang merupakan ketua agama; personaliti orang perseorangan lain; atau berbeza pendapat dalam empat mazhab yang diajar dalam Islam.

Abdul Malik berkata beliau juga akan mengadakan mesyuarat dengan pihak jabatan hal ehwal agama negeri berhubung pemantauan dan penguatkuasan.

“Kami akan terus memantau ceramah agama di negeri ini bagi memastikan tiada elemen parti politik atau pandangan yang boleh menyebabkan perpecahan dalam kalangan masyarakat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here