TIMBALAN Yang di-Pertua Majlis Agama Islam Pattani yang parah ditembak selepas solat Jumaat kelmarin, meninggal dunia di hospital hari ini, lapor Bangkok Post.

Aduldej Chenae menghembuskan nafas terakhir selepas menjalani pembedahan kecemasan mengeluarkan peluru yang ditembak ke kepalanya.

“Aduldej disahkan meninggal dunia pada 2.45 pagi Ahad di pusat rawatan rapi di Hospital Pattani,” lapor Bangkok Times.

Aduldej baru keluar masjid yang terletak bertentangan dengan Sekolah Lalowittaya, Kampung Lalo di Pattani kira-kira 1.30 tengah hari pada Jumaat, apabila beliau ditembak oleh dua lelaki tidak dikenali. Dia dilaporkan ditembak tiga kali di kepala.

Allahyarham dikebumikan di Kampung Lalo, hari ini.

Ketua Polis Pattani Mejar Jeneral Piyawat Chalermsi sebelum ini dipetik berkata polis masih menyiasat kejadian.

Susulan serangan itu, polis juga meningkat langkah kawalan keselamatan di sekitar bandar Pattani.

Aduldej adalah juga ketua Bahagian Halal Majlis Agama Islam Pattani dilantik ke jawatan baharu itu selepas memenangi pilihan raya jawatan itu November tahun lepas, lapor Bernama.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here