saddiq

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), mengatakan Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin bersih daripada politik wang.

“Saya ahli naungan Bersatu memahami apa yang dilalui oleh mereka dan  kotornya permainan politik wang ini.

“Malang sungguh budaya dalam arena politik masa kini oleh sesetengah pemimpin mengamalkan sebaliknya” katanya ketika forum Debat Presiden sempena forum UKEC, hari ini.

Syed Saddiq berjanji akan mengundurkan diri jika politik wang menular di dalam partinya.

“Saya berjanji menjadi pertama untuk mengundurkan diri sekiranya parti saya terjebak dengan agenda salam isi tersebut,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here