Tragedi kebakaran yang telah meragut nyawa 21 orang pelajar serta 2 orang guru Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah semalam merupakan satu kejadian yang meruntun jiwa seluruh rakyat Malaysia. Tiga beradik yatim berusia antara 10 hingga 13 tahun antara 23 mangsa yang terbunuh. Menurut ibu saudara, semasa Raya Haji baru-baru ini mereka ada bertanyakan mengenai syahid. Rupanya itulah petanda mereka mahu ‘pergi’.

‘Kalau mati masuk syurga tak?’

Temubual wartawan Harian Metro bersama ibu saudara dan sepupu 3 beradik ini mendapati Muhammad Hafiz Iskandar, 11 ada menanyakan soalan “Bagaimana nak mati syahid” pada pertemuan terakhir mereka pada sambutan Hari Raya Korban baru-baru ini.

Ibu saudara, Maszaitul Murni berkata, dia dan adik beradik yang lain tak sangka pertanyaan itu adalah petanda dia akan pergi mengadap Ilahi dalam keadaan yang boleh disifatkan syahid kerana meninggal dunia ketika menuntut ilmu Al-Quran.

Turut terkorban, abang serta adiknya, Muhammad Syafiq Haikal, 13, dan Muhammad Harris Ikhwan, 10.

Dia bersungguh-sungguh tanya, kalau mati masuk syurga tak? Jadi kami menjawab boleh jika mati syahid.

Dia bertanya lagi, macam mana nak mati syahid. Hafiz nak masuk syurga. Tak sangka pertanyaan itu ada makna buat dirinya.

‘Nak pergi’

Tambahnya lagi, mereka bertiga sentiasa bersama walau kemana sahaja dan sangat ceria. Namun, pada hari terakhir berjumpa wajah mereka bertukar sayu dan sedih. Sepupu mangsa, Mas Aliza berkata ibunya ada mendapat panggilan dari Muhammad Syafiq dan dia ada memberi petanda nak pergi jauh.

Kebiasaannya mereka bertiga akan hubungi saya sebab saya paling rapat dengan mereka yang menjaga dan menguruskan mereka termasuk menghantar mereka ke pusat tahfiz itu.

Tetapi pelik Hafiz menghubungi ibu saya dan menyatakan mahu pergi. Ibu saya tanya nak pergi mana? Dia menjawab nak pergi bercuti.

Akhirnya ibu saya membetulkan ayatnya, bukan pergi bercuti tetapi balik bercuti.

Tiga beradik itu merupakan anak yatim kematian bapa dan Mas Aliza sekeluarga menjaga mereka sejak awal tahun ini.

Mas Aliza berkata, dia serta keluarga masih menunggu keputusan pengecaman dan proses bedah siasat di Institut Perubatan Forensik yang dijangka mengambil masa lebih 24 jam.

Baca lagi: “Saya Nak Anak-Anak Saya Hidup, Bukan Mati Syahid” #TragediTahfiz

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here